20130520

3hari 2malam di Singapore

Assalamualaikum. Eceyh. 

Lepas habis praktikal hari tu, aku dan beberapa kawan kawan plan untuk buat post intern trip ke Singapore. Kitorang gerak dari KL 7 Mei 2013 malam dan sampai semula ke KL 11 Mei 2013 pagi pagi. Perginya tak ramai, empat orang je termasuk aku. Hee. Aku rasa, 3 hari untuk berjalan ke Singapore tu agak lama sebenarnya, jadi kepada sesiapa yang berminat nak berjalan ke sana, 2 hari pon dah cukup rasanya kot. 

Kitorang stay dekat hostel Singapore sebab nak mudah kan berjalan. Hostel tempat kami stay tu namanya 98SG dekat Aljunied. Tolonglah faham, sesat sesat cari hostel ni sebab takde signboard. Signboard dia macam yang dalam gambar kat bawah ni je. Haha. Nampak sengkek kan? Tapi dalam dia best. Selesa, bersih, siap ada kerusi urut okehh. Plus point dekat situ. Hihi.

                                              
Dekat lot kedai je hostel nye. Ni kat entrance. kakaka. 

Masa 1st day kat sana, banyak sight seeing je. Tapi bandar dia memang maju, cantik dan bersih. Negara majulah katakan. Dan kat sana, semua orang menggunakan public transportations. Nak ke mana mana pon memang guna mrt dan bas, sangat mudah. So, agak kagum lah dengan sistem diorang kat sana :)

Dalam mrt, most of them tunduk je layan gadget. Siap tengok drama kantonis kat situ. Tak mengagak.

Cantik. Ini, dekat sekeliling bangunan tinggi tinggi. Tapi panas lah kan. Macam pulau haba. 

Konon konon lah kan. Konon konon :P

The second day, pergi ke USS. Inilah tujuan utama datang Singapore. Haha. Memang bestlah. Kau mainlah roller coaster sampai muak, sampai immune dengan dia punya seram tu. Sampaikan ride yang terakhir aku naik, aku dah tak mampu nak jerit dah. Gelak je kat atas tu tengok benda alah tu gerak. Haha.

  
Gambar wajib kalau datang sana. Haha


Banyak buildings cantik cantik macam dekat dalam hollywood movie.

Ini tak tau tujuan dia apa amek gambar camni. Kakaka


Dekat the lost world. Best gile show dia. Siap berapi api segala.


Ini dekat Tulipmania (Garden by the bay). Ada flowers exhibition from around the world. Nak masuk kena  beli tiket lain :)


Ini cloud forest. Sebelah Tulipmania tadi. Kesian diorang. Takdak hutan sampai kena create hutan sendiri. Tsk. 


Hihi. Ini je serba sikit gambar yang ada. Masa pergi berjalan banyak lah amek gambar. Kalau nak tepek semua karang, esok baru siap post ni. Kihkih.


And, bagi sesiapa yang teringin nak pergi Singapore, meh aku kasi approximate budget yang digunakan.




Passport  = RM100
Tiket train pergi balik (online booking) = RM186
Tiket USS (online booking) =  RM158
MRT pass for 3days  = RM80
Makan for 3 days = RM40/day = RM 120 for 3 days
Hostel = RM120

Total bersih = RM764
Ini tak termasuk beli cenderamata dan perbelanjaan remeh kat sana. Kalau nak jimat, beli lah air mineral siap siap dari Malaysia. And Maggi banyak banyak in case tak jumpa tempat makan halal or nak jimat :)


Till then. Oh, hari ni start semester baru sebagai Final Year student. Doakan yang baik baik ye kawan kawan :)

20130506

PRU13 dari pandangan sudut sempit fadh

post kali ini adalah untuk rujukan diri sendiri pada masa hadapan. panjang sangat. ada ke yang sanggup baca @__@


Berakhirnya PRU13 dengan keputusan BN berjaya mengekalkan kedudukan sebagai kerajaan di Malaysia.
Pagi ini, di laman-laman sosial, aku terkejut melihat ramai diantara rakan-rakan menukar gambar mereka kepada warna hitam.
Hitam sahaja. aku kurang pasti makna disebalik warna ini.
tapi, menurut kefahaman aku, diulang, menurut kefahaman aku, mereka melakukan sedemikian untuk menunjukkan rasa kecewa mereka atas
kekalahan parti yang mereka sokong. aku dapat menjangkakan, yang keputusan akan memihak kepada kerajaan lama.
sebab? ramai ibu bapa dan golongan golongan berusia masih lagi yakin dan percaya bahawa parti ini mampu menerajui negara.
berbeza pula bagi golongan golongan muda, yang sebahagian besar nya aku lihat, berpihak kepada parti lawan.
yang menggunakan slogan kata 'inikalilah'. mereka mahu kan kerajaan yang lebih telus, bebas dari rasuah dan yang mengikut undang undang Islam.
yang mana aku rasakan satu matlamat yang sangat bagus.

tetapi, berdasarkan pemerhatian disekitar tarikh pilihan raya, aku dapat melihat bahawa kedua dua pihak penyokong dari kedua dua parti bersifat
sangat berat sebelah dan dalam kata mudah, bias.

mereka sering memburuk burukkan antara satu sama lain tanpa menyiasat sama ada sesuatu perkara yang mereka katakan itu adalah benar, atau khabar angin,
mahupun fitnah. tidak kiralah mereka yang menyokong parti 'janji ditepati' mahupun parti'inikalilah'.
apa yang lebih mengejutkan, penglibatan ustaz ustaz, ustazah ustazah dan guru guru aku dari sekolah-sekolah menengah aku dulu. ini membuatkan aku merumus,
bahawa, manusia, secara fitrahnya bersifat berat sebelah.

ada lagi satu sebab mengapa aku katakan sedemikian. aku rasa, aku pernah belajar yang kita perlulah memilih pemimpin yang beragama Islam. tapi aku tak
tahulah kalau kalau minda aku yang mereka sendiri fakta ini. dan dapat aku lihat, di laman laman sosial, mereka dari parti 'inikalilah' sepertinya tidak
mahu menerima fakta ini. mereka seakaannya menyokong orang orang yang beragama selain daripada Islam. kata mereka, asalkan pimpinannya telus dan lebih baik daripada pemimpin Islam yang 'corrupt'.

hmm.


kemudian, di laman laman sosial, mereka sibuk berkempen yang kali ini, kemenangan akan berpihak kepada mereka. kali ini, mereka akan mengubah negara
menjadi sebuah negara yang lebih baik. pelbagai hujah dan hukum dikeluarkan. mulalah, apabila suatu provokasi dilakukan, kedua dua penyokong mula bertelagah.
yang mana mahu menang, yang mana mahu menegakkan benang yang basah, yang mana yang mahu kedua dua pihak diam dan lain lain.

dan selepas itu, timbul isu tentang dakwat yang tak kekal tu. secara jujurnya, memang dakwat itu tak kekal langsung. dan mulalah timbul isu pembaziran dan
korrupsi. tapi, siapa yang pada awalnya, menimbulkan isu dakwat kekal ini? dan apabila usaha dah dijalankan, namun tidak berjaya, banyak pula bunyinya.
itulah inilah. haii. ada juga lawak lawak hambar, aku ulang, lawak lawak hambar yang mengatakan lebih baik menggunaan ink printer(haha). tapi, tahukah anda bahawa ink printer itu ialah cecair yang termahal di dunia? agak agak, kalau digunakan, entah berapa lagilah duit yang akan dikeluarkan seterusnya, akan berbunyilah sesetengah pihak yang
mengatakan korrupsi berlaku lagi.

kemudian, timbul pula isu tentang pengundi dari Bangladesh yang diupah sesetengah pihak. hmm. ini, tak tahu nak ulas macam mana. ada juga pihak yang
mengatakan beberapa bangsa ini telah dihalau pada hari mengundi. tetapi, tidaklah sebanyak yang digembar gemburkan. jadi, aku tak pastilah sama ada perkara ini
benar atau tidak. kalau benar, bila masa pula mereka mereka ni mengundi.


kemudian, apabila parti 'janji ditepati' menang, kecoh pula di laman laman sosial yang mengatakan SPR tdak telus lah, itulah, inilah. ada juga yang mengatakan
kekalahan ini sebagai satu ujian. kemudian, banyak lagi isu dibangkitkan dan dipersoalkan oleh penyokong 'inikalilah'. tidak pula aku nampak penyokong penyokong parti 'janji ditepati' kecoh tentang kemenangan ini. kurang. atau tiada? tak tahulah. tetapi, apa yang aku pasti, sekiranya parti 'inikalilah yang memenangi PRU13,
tentu kecoh di laman laman sosial yang mengatakan kebenaran akhirnya berpihak kepada mereka. tuhan telah tunjukkan yang mana hak dan batil. mungkin kalau mereka menang, senyap terus isu tentang pengundi hantu, dakwat tak kekal, dan ketelusan SPR. tapi disebabkan mereka kalah, mereka timbulkan seribu satu macam isu
untuk dibangkitkan.

berat sebelah. sungguh berat sebelah.
aku pon berat sebelah.
post ini juga bersifat berat sebelah.
post yang panjang, khas untuk tatapan diri sendiri.

20130503

5 Mei 2013

"Nasik lemak buah bidara,
 Sayang selasih hamba lurutkan,
 Buang emak buang saudara,
 Kerana politik sanggup turutkan"



Pantun buat mereka mereka yang taksub politik. haha.

Selamat mengundi rakan rakan.
Kepada yang dah layak mengundi tapi tak mendaftar,
pastikan kita mengundi ye 5 tahun lagi.
Kehkeh.


Ingatan buat diri sendiri juga :P

20130406

Burn The Midnight Oil

Kawan kawan, malam ni aku stay up. Settle kan final report internship. 

Biasanya dulu dulu, kalau stay up, harus lah diakhiri dengan menulis entry baru dekat blog. haha. dah lama tak menulis random macam ni. cerita apa aku buat. dalam erti kata lain, penulisan syok sendiri. haha.

Minggu depan minggu terakhir aku praktikal dekat SPCE. gembira? wajiblah gembira. dekat 7 bulan kot aku dekat situ. macam macam benda berlaku sepanjang 7 bulan aku dekat situ. gembira, suka, duka, marah, semua ada. biasalah tu kan. tapi, satu benda yang aku tak kan lupa ialah apa yang aku dapat dari tempoh praktikal ni. macam macam. segala ilmu yang tak pernah aku tahu. segala pengalaman yang seriously, sangat mahal. 

Dan pengalaman ni tak kan aku dapat kalau takde SV, engineers, staff, kawan kawan dekat sana. aku rasa SV aku sangat lah kool dan baik. buli tu biasalah kan. nama pon trainee. mesti la kena buli. haha. sepanjang aku dekat sana, dia lah mak aku, cikgu, kakak, dan kawan aku. kalau aku tanya something or cari something, dia akan sungguh sungguh terang dekat aku. kalau apa yang aku tanya tu memerlukan buku atau catalog, dia sendiri akan pergi cari buku dan catalog tu untuk aku. jadi, aku sangat lah bersyukur dapat sv macam tu.

Praktikal jugak ajar aku jadi hati kering. belajar tak kecil hati kalau orang marah, tegur or nasihat. ambil yang baik, buang yang buruk. aku jugak belajar bersabar. maksud aku, aku ni jenis kalau nak buat sesuatu, aku akan buat jugak. err. maksud aku... emm... contohnya, kalau dulu, kalau aku dah penat, aku akan stop buat kerja and pergi rehat dan selalunya tidur terus. even kerja tu due esok, atau hari ini, atau sekejap lagi. aku tak kira. kalau aku nak tidur, aku akan tidur jugak. tapi, praktikal mengajar aku supaya siapkan dulu kerja yang ada. sleep can wait. food can wait. fb can wait. twitter can wait. seriously, practical taught me that :)

Bulan Mei depan aku akan balik semula ke UTP. balik sebagai seorang pelajar final year. seram kalau fikir, tapi itu lah yang akan aku tempuh sampai akhir tahun ni. dan aku berdoa semua nya akan berakhir dengan baik dan mudah. semoga Allah permudahkan jalan aku dan kawan kawan untuk menempuh tempoh 2 semester pendek yang akan datang ni. 

Rasanya cukup lah untuk kali ini. doakan oral presentation aku khamis depan berjalan lancar ye. terima kasih kawan kawan. assalamualaikum :)

20130317

Prison


This is a story about a prison.
A prison that I used to live in.
A prison that still, I live in.

A prison that made of love.
Yet embroidered with firmness and fierce.
A prison that I used to hate.
And the hatred never change even a bit.

There's a different between a child and teenager.
Also between teenager and adult.
And my thought is their prison won't be the same.
But, how unfortunate, it's the exact same thing.

How can I live like this forever.
I've been patient, I rebel, never.
I've been silent, I keep it inside here.
But for how long could I be this sober.

The prison has no wall yet so suffocatin'.
I can't content myself and I keep on hatin'.
I tried to free myself but I keep on failin'.
I tried to follow the rules and it was horrifyin'.
And in the end I just give up tryin' --

Continue to live in the cell.
Waiting for it to end well.

20130305

Stress-strain Curve


Graf yang dekat atas ni nama dia Stress-strain curve. Aku belajar masa subjek-tak-ingat-nama tapi yang aku ingat Mr. Kalai yang ajar. 

Kalau nak dibandingkan keadaan aku dekat office tu dengan dengan Stress-strain Curve, aku dah tahap necking and fracture dah. dah takde elasticity langsung. dah burnt out bak kata akak aku.

Kalau dulu, semangat bangun pagi nak pergi kerja, sekarang, lepas mandi pon boleh baring balik. punya lah malas.

Kalau dulu pergi kerja senyuman tu kalau boleh sampai ke telinga, sekarang, nak pandang orang pon susah. punya lah malas.

Kalau dulu lepas makan mesti duduk lepak kejap borak borak dengan staff, sekarang, lepas je makan cepat cepat pergi buat benda lain. tak nak borak punya pasal.


Sebulan lagi sebulan lagi sebulan lagi. April cepat datang. Please.


"Fadh dah lain ea sekarang. dah tak semangat macam dulu. nak jawab panggil pon lemah je"
Ini aku kena sound pagi tadi. Kena sound dengan draughtsman. Ketara sangat ke kak? ketara sangat ke?
Sigh~

20130217

Randomly Written. I repeat, Randomly Written :)

Pencurik Hati.

Kalau putar semula waktu.
Aku ingin ulang ke situ.
Tempat yang ada engkau dan aku.
Tempat kita mula bertemu.

Kalau begini cara aturan.
Akan ku tunggu masa giliran.
Takkan ku gopoh buat pilihan.
Bahawa kau ada di masa depan. 

Kalau aku seorang jahat.
Akan ku goda sampai terpikat.
Akan ku buat engkau tertambat.
Dengan aku banyak muslihat.

Kalau aku punya kuasa.
Pasti engkau aku yang punya.
Pasti ku buat yang mampu segala.
Untuk engkau pencuri jiwa.

Kalau aku punya daya.
Akan ku hakis kau selamanya.
Dari aku merana terseksa.
Baik engkau, aku lupa.

Hati dah hilang.
Jiwa dah terbang.
Kepada engkau, mereka datang.
Tinggal aku hanya seorang.
Jasad sempurna kosong di dalam.

Wahai insan pencuri hati.
Sedarkah engkau selama ini.
Ada hati yang mengikuti.
Ada jiwa yang mencintai.
Ada jasad yang tak berpenghuni.
Tunggu engkau datang mengisi.
Hidup kan semula hadirkan seri.

Sakit di hati sakit di hati. 
Sakit ini ku tanggung sendiri.




Fadh, 29Januari2013